:::...Nukilan ikhlas dariku untukmu:::...
"" Kau & aku dh terlalu jauh dipisahkan..
Engkau pergi kerana kehendak dan keinginanmu..
Aku redha..Aku sedar aku ini hanyalah insan biasa..""
Aku teringat kembali,
kali pertama kau dan aku bertemu..kita hanya bertukar renungan..
Tiada sepatah bicara meniti di bibir kau dan aku..
Bagi aku,kau kenalan baharu..Aku tidak mengetahui apa-apa tentang dirimu..
Tapi takdir Allah telah menyatukan kita..
Kau dan aku memulakan bicara, dari saat itu ikatan ukhwah kita semakin mekar..
Kita sentiasa berkongsi cerita, berkongsi kisah suka dan duka..
Kau dan aku seakan-akan berada di dunia yang sama..
Tapi, kadang-kadang terjadi juga salah faham antara kita..
Di dalam sesetengah perkara, kau dan aku tidak ada persefahaman..
Yang aku tahu, kita akan cuba bertolak ansur..
Kekasih, aku tahu kita datang dari dunia yang berbeza..
Dunia kita memang berbeza..Tapi melalui perbezaan itu, kita telah mewujudkan persamaan..
Persamaan yang membolehkan kita ketawa bersama dan menangis bersama..
Terima kasih kekasih, kerana engkau menerima diriku seadanya..
Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, seperti diri kita..
Kau seorang teman yang amat memahami..
Kekasih, kita selalu berkongsi cerita..Kita berkongsi impian hidup..
Kita ingin mencapai cita-cita nan satu..Semua itu kita kongsi bersama..
Namun, semua itu hanya tinggal kenangan..
Kini, masing-masing dengan cita-cita sendiri..
Aku berharap agar kau bahagia wahai temanku..
Kenangan kita tetap abadi dalam diriku..
Kau teman yang boleh menghilangkan lelah dihati ku..
Semoga kau bahagia di dunia dan juga akhirat..
dan juga di samping insan bertuah pilihanmu..='(
0 kOmeN2 hAmpeSs:
Post a Comment